- Genap 12 bulan Ahli Jawatankuasa Penaja duduk semeja, berbincang, bermesyuarat, mengkaji, menulis, memikir dan menyiapkan perlembagaan Kesatuan, pertemuan dengan Jabatan Hal Ehwal Sekerja Wilayah Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan), pertemuan dengan Jabatan Hal Ehwal Sekerja Pusat di Putrajaya akhirnya Kesatuan Staf Pelaksana Universiti Malaysia Kelantan (KESPUMK) telah berjaya didaftarkan pada tanggal 16 Oktober 2012 oleh Jabatan Hal Ehwal Sekerja dengan nombor pendaftaran 1110 di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Seksyen 13 dan Peraturan 7).
- Ingin dinyatakan, tanpa sokongan padu daripada pihak Y. Bhg. Prof. Datuk Naib Canselor tidak mungkin KESPUMK menjadi kenyataan sepertimana yang diharap dan dinanti-nantikan oleh semua warga universiti.
- KESPUMK berperanan sebagai Rakan Strategik Universiti yang mana diskusi berkenaan hal hal perjawatan yang mana akhirnya nanti akan dapat mencapai secara harmoni antara pihak majikan dan pihak pekerja.
- Dengan sokongan yang padu daripada pihak pekerja kepada pihak majikan tentunya nanti akan dapat memajukan Universiti khasnya dan inilah yang diharapkan oleh pucuk pimpinan Y. Bhg. Prof. Datuk Naib Canselor dan semua warganegara universiti.
Oleh itu, kepada rakan-rakan marilah kita taburkan bakti mulia kepada UMK agar dapat membantu mempercepatkan misi dan visi universiti.